Pages

Thursday, October 13, 2011

Berkat Membaca Bismillah.

salam....lama sudah saya tidak menulis kan, lebih kurang dalam sebulan jugak la maklumlah saya mahasiswa yang masih belajar so banyak asigment dan projek yang kene siapkan sebelum final exam ni. hem....saya ada sedikit ilmu Allah s.w.t. yang nak saya sampaikan kat cini, sebelum itu saya nak cakap sikit seandainya ada sedikit ilmu haruslah kita kongsi kan kerana ilmu yang bermanfaat maka baik lah kita akan dapat seandainya tiada haruslah kita cari ilmu Allah s.w.t. yang maha luas itu. so tajuk kali ni nk share pasal "berkatnya membaca bismillah" seme orang islam mesti tau baca bismillah kan kalau xtau alamak nya kene masuk Pasti/Tadika balik la yer, bismillah mempuyai maksud yang mendalam dan banyak berkatnya bismillahirahmanirahim bermakna Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang indah sungguh maksud itu kan..setiap langkah kita, kerja kita atau apa2 saja yang kita lakukan jika dimulai dengan bacaan ini maka keberkatan dari Allah s.w.t. kita akan peroleh. bila kita melakukan sesuat kerja dan  dimulai dengan bacaan bismillahirahmanirahim maka hati kita akan mengharap sungguh2 kerja yang kita lakukan itu mendapat keberkatan dan keredhaan Allah s.w.t.  maka hasilnya semestinya kebaikan yang kita peroleh dari Allah s.w.t. INGAT!!...cintai orang yang memberi nikmat kepada kita tetapi jangan kita mencintai nikmatnya semata-mata. saya ingin menceritakan  satu kisah pada zaman dahulu kala yang memberi mesej kepada kita berkatnya membaca kalam Allah s.w.t.  ini..inilah kisahnya..

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

                        Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah s.w.t. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."
Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

                            Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan." Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah s.w.t. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

                            Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah s.w.t., dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

so lihatlah betapa hebatnya ayat-ayat Allah ni kan...semoga kita cuba untuk  mengenali Tuan kita iaitu Allah yang Maha Baik lagi Maha Memberi.
WASSALAM..............

1 comments:

fazzlin said...

allah tu segala2 nya bg kite.so......jgn kite mperkecilkan DIA..